Thursday, 11 August 2016

Unknown

ZX-10R PADAT TEKNOLOGI PERLUMBAAN!! TERBAIK..


BERBICARA mengenai perlumbaan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), keunggulan dan keyakinan jentera Kawasaki Ninja ZX10-R memang tidak boleh dinafikan apabila mengungguli kejohanan tersebut pada 2013 dan 2014.

Pada 2013, pasukan Kawasaki Racing Team (KRT) menerusi penunggangnya Tom Sykes, memegang gelaran juara dunia dan ia diteruskan pada tahun berikutnya melalui penunggangnya, Jonathan Rea.

Ninja ZX- 10R 2016, mula dibangunkan untuk tujuan perlumbaan, justeru maklum balas daripada pelumba KRT seperti Rea dan Sykes diambil kira dalam membangun dan mengeluarkan model ini daripada litar lumba ke jalan raya.

KEMBALI BERAKSI

Kali terakhir penulis menunggang motosikal berkuasa tinggi ialah dua tahun lalu iaitu jentera Kawasaki Z800, namun jodoh kami tidak berpanjangan apabila jentera tersebut terpaksa dilepaskan kepada pemilik baharu.

Tetapi kali ini peluang menunggang uji model ZX10-R 2016, yang disumbangkan oleh Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd, membuatkan penulis teruja dan menyingkap kenangan lalu.

Mengambil jentera terbabit di Ibu Pejabat Kawasaki di Glenmarie Shah Alam, pandangan pertama terhadap jentera ini ialah dari segi berat dan kemampuan penulis untuk mengendalikan ZX10-R mengikut kemahuan di atas jalan raya.

Selepas menunggangnya perasaan ingin tahu sebelum ini akhirnya meleset apabila berat jentera terbabit iaitu 206 kilogram (kg) tidak memberikan beban ketara dan mudah dikendalikan walaupun penulis memiliki ketinggian 162 sentimeter (cm).

KUASA PECUTAN

Memandangkan semasa menguji jentera terbabit dalam keadaan cuaca tidak menentu, penulis mengambil keputusan merasai kehebatan dan daya pecutannya di laluan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari susur keluar tol batu tiga Shah Alam menuju Putrajaya.

Keluar dari tol Batu Tiga Shah Alam, penulis tidak menunggu lama untuk merasai kehebatan jentera terbabit sebagaimana dicanangkan rakan penulis sebelum ini mengenai kemampuan kuasa pecutan dan kestabilan ketika mengambil selekoh.

Ternyata ia bukan omongan kosong apabila meter pantas mempamerkan kelajuan 120 kilometer sejam (km/s) walaupun masih berada dalam gear tiga dan pendikit hanya sedikit dipulas.

Kuasa besar ZX10-R baharu ini sememangnya jelas dirasai, enjin berkapasiti 998cc empat silinder selari dengan enam kelajuan ini dan 207 hp ini, boleh mengenjut dari kelajuan hingga 100 kilometer/sejam (km/s) dengan pantas.

MEMANG TERBUKTI

Di laluan lurus dan keadaan jalan tenang, penulis cuba memecut untuk mencapai kelajuan maksimumnya yang dikatakan mampu mencecah 300, namun gagal kerana sebaik saja meter kelajuan mencecah 200 km/s, hujan renyai mulai turun dan motosikal terpaksa diperlahankan.

Pada kelajuan tersebut, pendikitnya masih banyak berbaki, jadi mungkin benar dakwaan sesetengah penunggang uji di Eropah bahawa ZX10-R 2016 mampu mencecah sehingga 300 km/s sebagaimana yang menjadi viral dalam Youtube sebelum ini.

‘Cylinder head’ dan ‘crank’ baharu pada model ini menghasilkan pecutan yang lebih ringan dan dapat dirasakan putaran enjin yang amat pantas.

Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :