Sunday, 14 August 2016

Unknown

TERBAIK!! 5 Tips Minum Air Masak Secukupnya Agar Tiada Lagi Masalah Dehidrasi

Berapa banyak air yang kita perlukan setiap hari?

Menurut Dr.Pamila Brar dari Internal Medicine di La Jolla California,


Lelaki perlu minum lebih kurang 3 liter (kira-kira 13 cawan) daripada jumlah cecair sehari.
Wanita perlu minum kira-kira 2.2 liter (kira-kira 9 cawan) daripada jumlah cecair sehari

Bagaimana untuk Menipu Diri Supaya Minum Air Setiap Hari


1.Dapatkan Botol Air Kegemaran Anda

Botol air adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan air anda. Dapatkan botol air yang memang anda suka dengan coraknya serta bentuknya .Walaupun mungkin anda memerlukan sedikit bajet tetapi ianya pasti berbaloi.Dan apabila anda telah mendapatkan botol air kegemaran anda , maka jangan lupa ke mana saja anda pergi , pastikan anda bawa sekali botol air anda ya .:)

2.Tanda Mengikut Pola Air

Maksudnya anda boleh tandakan pada botol air anda pada tahap tahap yang anda boleh minum .Contohnya , setiap 200 ml anda akan minum dalam masa sejam dan anda tandakan pada garis 200 ml pada botol anda .Jadi anda akan minum air yang secukupnya dalam masa 12 jam . Contohnya dari pukul 6 pagi anda bangun sehingga ke jam 6 petang , anda telah dapat 2.4 litr dengan pengambilan 200 ml setiap jam .Menarikkan ?

3.Jadikan Sesuatu Sebagai Taruhan Anda

Sebagai contohnya begini , anda perlu tentukan matlamat bahawa anda hendak mencapai 2 atau 2.5 liter sehari ataupun lebih ,dan sekiranya anda tidak mampu mencapai matlamat anda , latih diri anda untuk tidak bermain game atau online atau sebagainya yang menjadi kegemaran hobi anda.Sekiranya anda berjaya mencapai matlamat anda , anda boleh menghadiahkan diri anda coklat atau apa apa sahaja yang anda gemari .Ingat , taktik ini memang berkesan sekiranya anda bersikap sangat optimistik !

4.Tetapkan Masa Dan Trigger Mental Anda

Jika anda sukar untuk meminum air atau mungkin lebih cenderung untuk lupa minum air ,jadi anda boleh kunci jam penggera pada telefon bimbit anda setiap satu jam sekali .Malah anda juga boleh meletakkan poster poster atau kata kata  yang boleh membantu anda mengingati matlamat anda untuk minum air . Antara kata kata yang boleh anda tulis seperti ,"MINUM AIR KALAU TAK NAK JADI ZOMBI " atau "MINUM H20 CEPAT KALAU NAK HIDUP !!" dans sebagainya .Secara tak langsung minda dan badan anda akan lebih aktif dan bekerjasama dengan kehendak matlamat anda .

5.Ubah Menu Air Masak Menjadi Lebih Menarik

Ya , saya memang faham sangat air masak itu sangat mendatar kan rasa dia ?? Tapi , kalau anda nak tahu , ada lagi menu menarik yang anda boleh cuba mengubah rasa dia menjadi lebih menarik . Anda boleh mencuba untuk meletakkan strawberi ,timun , limau nipis dan juga lemon ke dalam air anda . Untuk menjadi ianya lebih fresh ,anda boleh letakkan daun pudina ke dalamnya.Banyak kelebihannya tau ! Jangan lupa cuba buat tau !! Tak rugi pun !!:)

Minum lebih banyak air yang boleh berubah dalam hidup anda kepada yang lebih baik. Apabila anda kekurangan air masak, anda boleh mencerna lebih mudah, tidur yang lebih baik, dan berfikir lebih jelas. Jom kita sama sama mencintai air masak  ,cehwah , hahaha .Apa lagi ?? Bertindak sekarang untuk kehidupan yang lebih baik dan bahagia !! :)


SELAMAT MENCUBA! TERIMA KASIH SHARE KAN TIPS INI YA.. HEHE

Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :