Kini tiba giliran gambar Proton Saga 2016 pula bocor, di mana gambar menunjukkan pandangan hadapan dan belakang nampak jelas. Berdasarkan gambar tersebar itu, ia seakan diambil dari dalam kilang pemasangan Proton.
Pihak Proton sudah mengumumkan bahawa Proton Saga 2016 akan dilancarkan pada September ini, iaitu selepas pelancaran Proton Persona. Jika dibandingkan Saga sedia ada, rupa model baharu ini lebih menarik, sama ada dari pandangan hadapan atau belakang.
Proton Saga 2016 Bocor_Pandulajudotcomdotmy (5)
Proton Saga 2016 Bocor
ENJIN 1.3L
Dari segi prestasi, kami difahamkan Proton Saga 2016 hanya dipadankan enjin bersesaran 1.3L, yakni ‘jantung’ sama digunakan model Iriz. Tiada lagi enjin 1.6L diperkenalkan pada varian Proton Saga 2016. Lebih menarik, Proton Saga 2016 dikhabarkan mempunyai mod pemanduan ECO yang bakal memberikan penjimatan bahan api lebih baik.
Proton Saga 2016 Bocor_Pandulajudotcomdotmy (2)
KEKAL HARGA LAMA?
Kami meramalkan Proton akan mengekalkan harga sama seperti model Saga sedia ada, iaitu sekitar RM35,000 hingga RM40,000.
saga-1
saga-2
PENCABAR PERODUA BEZZA?
Apa yang pasti, kehadiran Proton Saga 2016 bakal memberi cabaran hebat buat Perodua Bezza. Jika Saga 2016 mampu mengekalkan harga seperti model sedia ada, sudah pasti akan jadi kelebihan buat Proton. Bayangkan dengan harga RM35,000 anda dapat menikmati jentera berenjin 1.3L, berbanding Perodua Bezza 1.0L yang dijual pada harga bermula RM37,000. Oppsss…
Apapun, kami harap kehadiran Proton Saga 2016 ini akan melonjak kembali nama dan keyakinan orang ramai terhadap jenama Proton. Buat pembaca PanduLaju, pastikan anda setia bersama kami kerana banyak lagi info yang akan disiarkan dari semasa ke semasa.
NANTIKAN KEMUNCULANNYA DI JALAN RAYA MALAYSIA !!!!!!!!!!!!!!!