Sekiranya lelaki melihat lelaki berjambang sebagai mereka yang kononya 'macho' dan segak serta menjadi tarikan golongan wanita, kaum hawa pula melihat sebaliknya.
Bagi wanita, lelaki yang berjambang tidak menarik dan mereka lebih menyukai lelaki yang berwajah kemas .
Kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti New South Wales, Australia mendapati wanita tidak suka pada lelaki menyimpan jambang yang tebal kerana kelihatan ganas, garang dan agresif.
Di dalam kajian yang dilakukan terhadap 500 lelaki dan wanita itu, mereka bersetuju bahawa lelaki yang mempunyai janggut tebal kelihatan lebih maskulin dan sihat.
Ketika lelaki menghargai dan merasa teruja dengan imej berjambang, kaum wanita melihat lelaki berjambang terlampau maskuli dan tidak menarik.
Bagi wanita, lelaki yang berjambang tebal ini dilihat tidak romantik, selain kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Walaupun tidak begitu menyukai lelaki berjambang dan berjanggut tebal, wanita tidak kisah sekiranya lelaki menyimpnan janggut nipis.
Namun, lelaki yang berjambang tidak perlu bimbang dengan pandangan wanita. Ini kerana wanita turut mengakui lelaki yang berjambang sebagai seorang yang mempunyai hormon yang sihat serta nafsu seks yang luar biasa, walaupun penampilan luaran mereka kurang menarik pada pandangan wanita.