Monday, 15 August 2016

Unknown

CIRI CIRI LELAKI IDAMAN WANITA! #PERFECT10


Ciri-Ciri Lelaki Perfect 10 Yang Menjadi Idaman Wanita

1) Beriman Dan Membimbing – Inilah ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang lelaki yang sesuai dijadikan suami. Sebagai ketua keluarga lelaki perlulah beriman dan mampu membimbing. Kalau tidak, bagaimana dia nak mendidik isteri dan anak anak nanti.

2) Penyayang Dan Baik Hati – Tiada wanita yang mahukan seorang lelaki yang panas baran. Tak pasal-pasal nanti, salah sikit terus kena sepak terajang. Kebiasaannya bila mendapat suami yang penyayang dan baik hati, rumahtangga akan aman dan bahagia.

3) Rajin Membantu – Wanita pasti suka kalau dapat suami yang rajin membantu buat kerja rumah dan menjaga anak. Zaman sekarang, suami dan isteri, kedua-duanya pun mencari rezeki. Takkan bila balik ke rumah isteri je buat kerja, si suami plak goyang kaki baca suratkhabar. Kesian isteri pun penat juga kan, nak melayan kerenah anak lagi. Jadi kalau dapat pasangan yang rajin membantu, si isteri pasti tersenyum riang.

Ini antara ciri-ciri asas yang biasanya menjadi kriteria utama bila wanita memilih pasangan. Tak dinafikan memang penting untuk lelaki itu mempunyai ekonomi yang stabil. Maksud puteri bukan mencari yang kaya, tetapi cukup sekadar lelaki itu boleh menyediakan apa yang asas seperti makan, pakai dan tempat tinggal. Takkan kenyang hanya dengan kata-kata cinta sahaja. Setuju??

Kalau nak tahu apa lagi kriteria-kriteria lelaki perfect 10, bolehlah tonton filem terbaru kat pawagam lakonan Aaron Aziz dan Lisa Surihani, bertajuk Suamiku Encik Perfect 10. Filem ini adalah adaptasi dari novel Suamiku Encik Perfect 10.

p/s lagi satu ciri lelaki perfect 10 yang menjadi idaman puteri..haruslah seorang pencinta kucing..hehehe

Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :