Thursday, 11 August 2016

Unknown

1290 SUPER DUKE GT YANG PALING TERPANTAS #SUPERBIKE#MALAYSIA



SEJAK diperkenalkan pada November 2015 di Pameran Motosikal Milan (EICMA), dunia menanti penuh sabar untuk menyaksikan sama ada GT mampu menepati janji dan spesifikasinya. Pada penghujung Februari dan awal Mac lalu, kumpulan media motosikal dunia dijemput untuk menilai sendiri dan menikmati pengalaman jentera ini di atas jalan mencabar dan pelbagai kondisi jalan yang membentuk pulau Majorca di Sepanyol.

Selepas pelancaran global, peminat model pengembaraan tempatan tidak perlu menunggu lama. KTM Malaysia (Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd), pengedar rasmi jenama KTM di Malaysia membawa masuk model 1290 Super Duke GT. Menerusi pelancaran itu, Malaysia menjadi negara pertama dalam Asia melancarkan model tersebut.

KTM 1290 Super Duke GT akan berada di pusat jualan sah KTM pertengahan Ogos hadapan.



Soal mekanikal, jentera itu dijana enjin V-Twin 2-silinder. Ia menggunakan platform enjin  LC8 sama seperti Super Duke R dan Super Adventure. Motor fly-by-wire yang dimodifikasi berupaya menghasilkan kuasa 173bhp dan tork 106ftlb.

Motosikal import dari Austria itu dikatakan juga sebagai jentera Sports Touring V-twin terpantas di dunia. Walaupun banyak mengambil ciri daripada model naked bike 1290 Super Duke R, tetapi menerusi model GT penunggang mampu pergi lebih jauh dan pantas kerana jentera baru ini berada setahap lebih tinggi dari segi kehalusan dan keselesaan. Malah, masih sebuah motosikal sport KTM sebenar dan GT nyata unggul dengan apa yang dilihat mustahil antara tunggangan menyeronokkan yang penuh ghairah, pengembaraan jarak jauh yang selesa dan penggunaan harian mengagumkan.

Kawalan kuasa dibantu oleh barisan elektronik pintar termasuk traction control, cornering ABS dan suspensi semi aktif WP sebagai standard. Pihak KTM turut menawarkan tiga mod tunggangan iaitu sport, street dan rain bagi menyesuaikan penghantaran kuasa mengikut keadaan. Kapasiti tangki 23 liter, skrin yang boleh dilaras secara manual dan posisi tunggangan santai menyumbang kepada keselesaan untuk perjalanan jauh.

Tambahan peralatan standard lain ialah pemegang dengan ciri pemanas,  kawalan kruise, quickshifter dan sensor tekanan tayar. KTM 1290 Super Duke GT dilengkapi gabungan indikator dan lampu LED adaptif membelok. Ini memberikan tahap pencahayaan bergantung kepada sudut baringan jentera.

Bahagian subframe pula telah diperkukuh dengan mengambil kira berat tambahan bagasi dan penumpang. Percaya atau tidak, jentera itu dilengkapi pelbagai teknologi yang hampir tidak pernah difikirkan sebelum ini. Antaranya termasuklah casis sporty termaju yang diambil daripada model Super Duke R.

Casis itu kemudian disemak semula untuk keselesaan tunggangan jarak jauh, kawalan enjin multi-pemetaan, brek Brembo, peredam stereng, gabungan brek ABS bersama Motorcycle Stability Control, kawalan cengkaman yang sensitif dengan tebing, sistem pemantauan tekanan tayar dan hill hold control.

Model KTM 1290 Super Duke GT mampu menawarkan lebih kepuasan tunggangan. Harga jualan model itu ialah RM125, 080 seunit (termasuk GST).

Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :