Powered by Blogger.

Wednesday, 17 August 2016

Unknown

MENARIK!! PERKARA PENTING UNTUK BERJAYA! #BUSINEZZ


3 perkara penting untuk perniagaan berjaya adalah:

1.Tunaikan solat 5 waktu dan juga semua ibadah wajib lain serta tinggalkan perkara haram. Jika ini tidak dilakukan oleh para usahawan, segala usaha maupun kejayaan anda termasuklah wang ringgit dan segala kemewahan lain adalah sia-sia dan hanya jadi bahan api neraka untuk membakar anda sendiri.

2.Berbuat baik pada ibu dan bapa dan hulurkan bantuan wang dan juga tenaga bagi menyara keperluan hidup mereka. Berbuatlah sebaik mungkin untuk menyejukkan hati mereka dan mendamaikan mata mereka yang redup.
Contoh paling mudah adalah dengan pastikan anda merenung wajah mereka setiap hari jika berdekatan dan sekurang-kurangnya sebulan sekali jika berjauhan. Berikan wang walaupun mereka dah ada cukup wang. Layan makan minum mereka dan layan perbualan mereka sebaik mungkin.
Anda boleh baca biography Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk tahu bagaimana dia layan ibunya.

3.Tunaikan solat Duha setiap pagi di waktu Duha. Jadikan amalan solat Duha ini rutin anda sebaik sahaja mula berniaga atau sebaik sahaja bernekad untuk jadi usahawan. Hafal doa solat duha dan fahami maksudnya.

Semoga kita semua amalkan , In sha allah!
Read More
Unknown

CARA CEMERLANG BERNIAGA! 7 TIPS MEMAJUKAN PERNIAGAAN...


        Setiap perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi, agar perniagaan itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang ringgit yang dikeluarkan. Namun, tidak semua perniagaan yang diusahakan mampu menetapkan jumlah pelanggan di dalam atau di luar negara. Tidak kira sebarang jenis perniagaan yang dijalankan samada melibatkan penjualan produk, servis, nasihat dan sebagainya. Kecekalan dan semangat yang kental sangat diperlukan bagi memastikan cita-cita yang diimpikan tercapai. Perniagaan ini bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Kerana ia mengambil masa dan memakan tempoh yang agak panjang. Sambutan pelanggan dalam perniagaan yang dijalankan mempunyai beberapa cara untuk dicapai.

Beberapa tips ini perlu diamalkan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan menjanjikan pulangan yang lumayan dan memberangsangkan. Perkara pertama yang perlu kita amalkan adalah tips untuk mempelajari tentang keadaan kawasan yang menjadi tempat untuk memulakan perniagaan. Jika kita memulakan perniagaan yang padat dengan penduduk dan menjadi pusat pentadbiran, hasilnya akan positif. Sebaliknya jika kita membuka perniagaan di kawasan kampung yang tiada kemudahan dan sambutan ramai maka, perniagaan kita tidak akan bertahan lama.

1.Mengkaji tentang suasana dan kedudukan

Kita perlu mengkaji tentang latar dan faktor kedudukan tempat baru itu. Jika ia merupakan kawasan yang didiami pelajar dan pekerja, membuka kedai dobi adalah cadangan yang baik. Kerana golongan seperti ini lebih cenderung untuk menghantar pakaian yang kotor kedai dobi dari dicuci sendiri. Jangan pula di kawasan seperti itu kita mulakan dengan perniagaan besi buruk dan barang kitar semula. Selain itu, kawasan seperti ini juga sesuai dibuka perniagaan makanan dan minuman. Kerana pelajar dan pekerja sentiasa memerlukan tenaga untuk pergi belajar dan pergi bekerja. Katakan juga keinginan untuk memulakan kedai alat tulis dan perkhidmatan potostet di kawasan yang sama. Pendek kata, sesuatu kawasan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Kerana perniagaan ini bukan untuk suka-suka dan main-main, sebaliknya sesuatu yang serius dan berat.

2.Mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai

Tips yang seterusnya adalah mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai. Bukan sekadar seorang yang mempunyai wang untuk dilaburkan sahaja. Setidak-tidaknya minat dan hobi pada benda yang sama akan menampakkan lagi usaha yang dijalankan. Kerana manusia tidak akan jemu dan bosan melakukan sesuatu yang menjadi kegemaran mereka. Katakan Yusri dan Lisa mempunyai minat yang sama dalam bidang penerbitan dan periklanan. Jadi, mereka telah bersetuju dan melaburkan sejumlah wang untuk memulakan perniagaan ini di sebuah kawasan yang menjadi tumpuan. Kerana minta dan pendapat dalam bidang yang sama sangat tinggi, perniagaan mereka semakin maju. Kerana masing-masing memberi komitmen yang baik dalam perniagaan ini. Bukan hanya seorang sahaja yang perlu bekerja, sebaliknya kedua-dua belah pihak rakan kongsi ini. Pendek kata, perniagaan mereka maju kerana minat dan hobi dalam bidang yang sama.

3.Bermula secara kecil-kecilan

Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga jutaan ringgit. Sekadar sebagai hobi dan minat untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendatan sambilan sudah memadai. Contohnya Pak Abas yang menjalankan perniagaan menjual kerepek di kampungnya. Perniagaan ini adalah perniagaan warisan daripada ayahnya dahulu. Jadi, Pak Abas membantu ayahnya yang telah tua kerana sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat lagi. Semakin lama, minatnya telah mendalam dalam dunia perniagaan dan dia menguruskan sepenuhnya perniagaan ini selepas kematian ayahnya. Pada awal penglibatan dalam dunia penjualan kerepek, arwah ayah Pak Abas berniaga dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas Pak Abas mengambil alih, dia telah membuat pinjaman dengan bank untuk mendirikan sebuah kilang pembuatan kerepak yang terletak di belakang rumahnya. Pendapatanya semakin maju tambahan pula semasa musim perayaan dan juga musim perkahwinan. Kerana Pak Abas telah mendapat pengalaman yang banyak semasa membantu arwah ayahnya dahulu. Kini, Pak Abas telah mendirikan lima buah kilang di daerah dalam negerinya.

4.Mengupah pekerja yang boleh dipercayai

Setelah mempunyai kedudukan yang baik dalam perniagaan yang diceburi, pasti kita ingin meluaskan perniagaan itu. Katakan perniagaan kedai pakaian lelaki dan wanita. membuka cawangan baru memerlukan lebih ramai perkerja untuk menguruskannya. Maka, kita perlu mengupah orang yang boleh dipercayai untuk memastikan perniagaan yang diusahakan selama ini tidak dirosakkan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kita. Mungkin kita boleh mengupah jiran yang telah lama kita kenali sebelum memulakan perniagaan itu atau juga mengupah kawan-kawan yang sudah kita maklum dengan hati budi mereka. Jika tidak, perniagaan kita akan musnah berikutan ada pihak yang iri hati dengan kesenangan dan kemewahan yang kita capai. Oleh sebab itu, kita perlu menjalin perhubungan yang baik dan tidak bermusuh dengan semua orang agar kita juga selamat dan perniagaan kita terus maju.

5.Mempunyai strategi yang berkesan

Selain itu, untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, kita juga perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak impian itu akan musnah di pertengahan jalan. Contohnya memulakan perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi. Dalam dunia yang serba canggih dan maju ini, kita sering dihantui dan dibayangi dengan pelbagai wabak penyakit yang disebabkan penyalahgunaan bahan kimia industri, wabak penyakit yang disebabkan bahan kimi berlebihan dalam bekalan makanan seperti sayur dan wabak penyakit berjangkit yang mudah disebarkan melalui migrasi manusia atau haiwan. Wabak penyakit berbahaya memang sukar untuk diubati, tetapi kita masih mempunyai peluang untuk mencegahnya. Maka, perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi sentiasa mendapat sambutan yang baik kerana kita tidak mampu menjangka saat kita akan ditimpa penyakit. Perniagaan ini adalah perniagaan yang mampu memberi keuntungan kepada pengusaha. Masyarakat hari ini juga semakin bijak untuk menentukan ubat yang berkesan bagi penghalang penyakit merebak.

6.Mendengar dan mengikuti kemahuan pelanggan

Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu adalah pelanggan dan orang ramai. Maka, hasrat dan kemahuan mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak, pelanggan akan lari dan kita yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka. Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan kita sesuatu yang baru untuk dicuba dalam dunia perniagaan itu. Contoh yang paling rapat dengan masyarakat adalah perniagaan francais iaitu McDonalds, yang berjaya meluaskan perniagaan ke serata dunia. McDonalds di India telah menyediakan menu khas bagi penduduk India dengan menyediakan burger ayam. Mereka telah tampil dengan Chicken Maharaja Mac, kerana meraka tidak boleh memakan daging. Selain itu, di Itali pula, mereka telah menyediakan burger yang disajikan dengan daging khinzir. Di Norway pula, burger telah disajikan dengan kepingan daging ikan salmon yang menjadi kegemaran penduduknya. Manakala di Thailand, ia juga disajikan dengan memasukkan perisa tomyam yang disesuaikan dengan selera pelanggan. Tidak kurang hebat juga dengan McDonalds di Malaysia.

7.Bersedia untuk memulakan perniagaan yang besar

Perniagaan yang semakin maju menjadi idaman semua usahawan. Tetapi adakah kita sudah bersedia untuk memulakan perniagaan ke peringkat yang seterusnya? Kejayaan kita mampu diukur setelah kita melihat dan merasakan sambutan yang diterima ramai orang. Katakan dulu Iqbal hanya menjual laksa dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas 5 tahun bersusah-payah, dia telah mengumpul wang yang banyak dan membuka sebuah kedai laksa bersama adik lelakinya. Memang cita-cita Iqbal untuk membuka sebuah kedai laksa daripada resipi arwah ibunya. Dia telah bersedia dengan sepenuhnya. Dengan pembukaan kedai baru itu, Iqbal menjadi semakin bersemangat untuk bekerja dan juga untuk merubah masa depannya. Semakin hari, perniagaannya semakin maju. Kerana Iqbal sudah mempunyai pelanggan tetap selama 5 tahun sepanjang dia berniaga menaiki motorsikal roda tiga.

Secara kesimpulannya, tips ini perlu diamalkan agar perniagaan yang kita ceburi itu menampakkan hasil dengan titik peluh yang dikorbankan. Kegagalan dan jatuh bangun dalam perniagaan adalah lumrah dan kita perlu bersedia dengan semua kemungkinan yang bakal tiba. Sekali jatuh bukan bermakna kita akan jatuh selamanya. Jadikan perkara ini sebagai pembakar semangat. Pokok pangkal untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah minat yang mendalam, kegigihan dan juga usaha yang tidak pernah kenal penat lelah. Dalam erti kata yang mudah, setiap usaha yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil apabila tiba masanya nanti. Berusaha dan terus berdoa agar urusan kita dipermudahkan-Nya.
Read More
Unknown

VIRAL!! MEMERLUKAN BANTUAN SEGERA UNTUK RAWATAN BAYI BERNAMA CAHAYA AMANDA!!


Sedih hati ini takkala melihat wajah kecil ini yang tidak tertanggung azab sakitnya. Bayi yang diberi nama Cahaya Amanda binti Abdul Ghoni menghidapi penyakit Epidermolysis Bullosa (EB) iaitu genetik gangguan tisu perantara yang jarang berlaku.

Anak kecil ini dikatakan memerlukan rawatan tetap setiap bulan untuk memulihkan atau mengurangkan masalah penyakitnya ini.

Dikatakan kos yang diperlukan agak tinggi iaitu Sekurang-kurangnya RM1790 sebulan sedangkan bapanya hanya bekerja sebagai seorang  despatch dan ibunya hanya seorang suri rumah kerana terpaksa menumpukan perhatian penuh kepada anak kecil ini.


Ternyata dengan gaji En. Abdul Ghoni sebagai seorang decpatch memang tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan anaknyadan rawatan bulanan pasti akan terganggu kerana komitmen lain.

Selain manjaga Cahaya Amanda pasangan ini terpaksa menanggung tiga lagi anak mereka di mana dua daripadanya bersekolah iaitu Muhammad danish haikal 9tahun, Muhammad raiyan mikail 6 tahun dan Muhammad aqil amani 4 tahun.

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan untuk meringankan beban rawatan anak kecil ini bolehlah memberi sumbangan barangan seperti berikut:

-antibacterial hand gel
-spartula
-septi silk wash
-sodium chloride 0.9%
-latex disposable gloves
-gauze
-cotton ball
-dresing set
-nipro neddle
-mepitel 2 layer
-tube fast tangan
-tube fast badan

KOS ANGGARAN RM2000 SEBULAN.

Anda boleh memberi sumbangan tersebut ke alamat 9-3-36 Apartmen Cendana no 11, jln metafasa u16/3, Tmn Bukit Subang, Shah Alam. No telefon 013 3949930

Atau bagi mereka yang ingin menyumbang dengan wang boleh berbuat demikian ke akaun

7614356444 CIMB
(Suziyana binti Jamaludin)ibu

 atau

7614356670 CIMB
(Abdul Ghoni bin Mohd Faudzi)bapa

P/S: Semoga sesiapa yang menghulurkan bantuan itu dilimpahi rezeki. Amin In Sha Allah.
-berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sama-samalah kita mendoakan kesihatan Bayi ini sekeluarga.

Read More
Unknown

TERBAIK !! 5 CARA KEKALKAN MOTIVASI UNTUK BERJAYA!


1. Kenali potensi diri

Dalam setiap usaha yang dilakukan, pastikan anda sedar anda juga berpotensi untuk mencapai matlamat anda.

Sebagai contoh, anda ingin menjadi ahli sukan seperti Datuk Nichole David tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk bermain squash, mungkin agak sukar untuk berjaya dalam bidang ini.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda mempunyai bakat membaiki motosikal, anda boleh membuka bengkel motosikal anda sendiri dan belajar dari mereka yang telah berjaya untuk lebih mengenali potensi diri anda.

2. Berkeinginan kuat

Motivasi yang kuat boleh hadir hasil dari keinginan yang kuat. Anda mestilah mempunyai keinginan yang kuat sebagai pemangkin untuk menempuh apa jua situasi sulit yang bakal melanda.

Ia umpama peransang untuk anda mengorak langkah sekiranya langkah terhenti.

Apabila anda berfikiran bahawa keinginan anda kian pudar, cuba lihat kembali impian dan matlamat anda. Ia bakal menyegarkan kembali keinginan dan terus menuju ke destinasi kejayaan yang diimpikan.

3. Tahu arah tujuan

Tiada lagi kata azimat yang dapat membantu anda jika anda tidak tahu tujuan anda melakukan sesuatu usaha. Kenali tujuan anda dengan jelas dan tetapkan sasaran anda.

Tujuan yang jelas menjadi sumber inspirasi terbaik dan sebagai peransang menghadapi kesulitan dikemudian hari.

Ia membantu anda melakukan sesuatu yang dipandang mustahil bagi golongan manusia yang normal. Bila anda fikir anda telah tiada semangat untuk meneruskan perjuangan, cuba renung kembali tujuan anda dan insyaa Allah motivasi diri akan kembali dengan serta merta.

4. Berani menempuh cabaran

Kebanyakan orang gagal pada peringkat ini. Setelah menempuh beberapa cabaran, mereka akan berhenti mengejar kejayaan.

Meski pun sering diketengahkan oleh pakar motivasi bahawa anda perlu berani menempuh kejayaan sebagai bayaran sebuah kejayaan, ramai yang terkandas di sini.

Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.

5. 'DELETE' kisah silam

Anda mahu atau tidak untuk anda kekal bermotivasi, anda perlu padamkan kisah silam anda. Pemusnah motivasi paling bahaya adalah kisah silam anda. Ia boleh menjadi beban bahu anda yang memikul.

Walaupun bagaimanapun, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin pernah mengecewakan orang lain suatu ketika dahulu. Tetapi itu kisah dulu dan anda tidak boleh ubah apa-apa pada hakikatnya.

Apa yang anda harus lakukan adalah padamkan kisah silam anda dan lakukan permulaaan yang baru. Jadikan kesilapan dahulu sebagai tauladan dan tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.


Kesimpulannya

Terdapat pelbagai cabaran yang boleh melemahkan motivasi seseorang. Pasti ada faktor-faktor lain yang boleh kita bincangkan. Apa yang penting kita fahami 5 cara kekalkan motivasi diri sedalam-dalamnya dan mula praktikkan sehabis baik. Semoga anda berjaya . Amin In sha Allah!
Read More

Tuesday, 16 August 2016

Unknown

MANARIK UNTUK DIKONGSIKAN!! SIFAT BERDASARKAN TANGGAL KELAHIRAN..


Sifat Berdasarkan tanggal Kelahiran

1. Sifat manusia yang lahir pada tanggal 1, 9 & 24

Pada umumnya manusia ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi manusia yang lahir tanggal ini mudah tersinggung. Karena sifatnya itu menyebabkan banyak orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi karena bersikap serius terutama yang berhubungan dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berbuat apa saja semata-mata untuk memenuhi segala keinginan manusianya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Sifat manusia yang lahir pada tanggal 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Banyak orang suka bergaul denganya karena perwatakannya yang lembut & ramah.Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Sifat manusia yang lahir pada tanggal 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi manusia yang lahir pada tanggal ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong manusia yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan manusia yang susah untuk dimengertikan.

4. Sifat manusia yang lahir pada tanggal 4, & 13

Manusia yang lahir pada tanggal ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong manusia yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain karena menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Sifat manusia yang lahir pada tanggal 5 & 17

Yang lahir pada tanggal ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah karena dia suka bertukar-tukar manusia.

6. Sifat manusia yang lahir pada tanggal 6, 14 & 27

Dia adalah seorang manusia yang tidak mau kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Sifat manusia yang lahir pada tanggal 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang.Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau manusianya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Sifat manusia yang lahir pada tanggal 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman karena rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Sifat manusia yang lahir pada tanggal 10, 16 & 21

Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Sifat manusia yang lahir pada tanggal 12 & 19

Orang yang lahir pada tanggal ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. karena itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah manusia yang disegani karena bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah manusia yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Sifat manusia yang lahir pada tanggal 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari manusia yang lahir pada tanggal ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada manusianya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Sifat manusia yang lahir pada tanggal 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan.Kadangkala dia disukai karena kebaikannya dan kadangkala dia dibenci karena perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain.Manusia jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi julukan seniman asmara.

p/s: kadang-kadang berlainan juga. hehehe sekadar hiburan. Selamat Membaca!
Read More
Unknown

MENARIK! WATAK ANDA MENGIKUT HARI LAHIR. hehehe

Berdasarkan Hari Lahir

1. Hari Isnin

Tidak pelik, ikhlas hati dalam memberi, tidak boleh menyimpan wang, senang menegakkan kebenaran, mudah tersinggung dan tidak pandai bicara.

2. Hari Selasa

Mudah terpengaruh, tidak mempunyai pendirian tetap, cepat naik darah, tidak sabar dan selalu mahu menang sendiri.

3. Hari Rabu

Pendiam namun kalau sudah bicara tidak ingat dunia, tidak suka mencampuri urusan orang lain, baik hati, suka menolong dan banyak rezeki.

4. Hari Khamis

Pendiriannya tidak tetap, suka dipuji, mudah emosi, mudah terpujuk oleh rayuan halus dan tidak sabar.

5. Hari Jumaat

Disukai orang banyak, cepat mental, suka menolong, suka memberi nasihat yang baik dan suka mempelajari ilmu pengetahuan

6. Hari Sabtu

Gigih bekerja, rajin pandai mencari rezeki, ditakuti orang, pandai menempatkan diri dan boleh menyelesaikan apa yang menjadi tanggung jawabnya dengan baik.

7. Hari Minggu

Pandai bergaul, disukai orang ramai, berjiwa besar, suka merendahkan diri, pandai berbicara dan dapat mengatasi masalah yang dihadapiya dengan baik.

p/s : penilaian diri masing-masing. hehehe adakah anda begitu?? Selamat membaca.
Read More
Unknown

GEMPAR!! TAWAR SEKS HANYA RM 50!!


BUKIT MERTAJAM - Bayaran serendah RM50 dikenakan kepada pelanggan yang mahu melakukan hubungan seks.

Harga itu ditawarkan sekumpulan wanita sebelum mereka ditahan oleh pegawai Jabatan Imigresen Pulau Pinang di dua buah rumah tumpangan di Jalan Aston dan Jalan Stesen, di sini, semalam.

Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, seramai 13 wanita warga asing diberkas kerana terlibat dengan kegiatan pelacuran.

Timbalan Penolong Pengarah, Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Fairos Ismail berkata, pemeriksaan mendapati kebanyakan mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri untuk tinggal di negara ini.

“Pemeriksaan di rumah tumpangan di Jalan Aston berjaya menahan lima wanita Indonesia dan kita turut menemui beberapa kondom yang masih belum digunakan dan minyak pelincir yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pelacuran.

“Manakala di lokasi serbuan kedua kita telah menahan enam perempuan Indonesia dan masing-masing seorang lelaki warga Myanmar dan Nepal di dalam premis berkenaan,” katanya kepada media di sini semalam.

Fairos berkata, pihaknya juga mengesan seorang wanita warga asing yang memiliki MyKad yang dipercayai palsu.

Katanya, selain cetakan gambar yang mencurigakan, terdapat juga kesilapan ejaan apabila perkataan Perempuan ditulis ‘Prempuan’.

“Kesemua yang ditahan berusia di antara 18 hingga 40 tahun dibawa ke Pejabat Imigresen di Seberang Jaya.

“Mereka akan disiasat di bawah seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh membawa kepada hukuman denda tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan bersama penguat kuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di sebuah pusat hiburan di Megamall, seramai 34 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan.

Mereka terdiri daripada 33 lelaki Bangladesh dan seorang warganegara Nepal.

Fairos berkata, kesemua mereka merupakan pekerja pusat hiburan berkenaan dan hasil pemeriksaan mendapati ada di kalangan mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri selain ada yang tinggal melebihi masa yang dibenarkan.

“MPSP juga telah mengeluarkan kompaun atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen,” katanya.


Read More