Tuesday, 16 August 2016

Unknown

SKUAD PAHANG TEWAS 3-0 DI LAMAN SENDIRI!


SKUAD Pahang terus dirundung duka dengan episod malang apabila tewas 0-3 di tangan Felda United dalam aksi Liga Super 2016 di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.
Skuad kendalian Irfan Bakti mendapat gol pembukaan menerusi tendangan dari dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol tuan rumah Muhammad Helmi Eliza Padang m-39.
Derita tuan rumah terus bertambah apabila tandukan kapten Felda Shukor Adan menerjah ke dalam gawang Pahang pada m-43.
Kedudukan kekal hingga tamat separuh babak pertama perlawanan dan selang dua minit babak kedua bermula penyerang sensasi lawan Francis Forkey Doe menambahkan gol ketiga Felda.
Kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Khirulazuan Kidam dengan keputusan memihak Felda 3-0 ke atas tuan rumah.

Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :